Portal Rasmi SMK Ampang Pecah

Sejarah Sekolah

E-mail Cetak PDF

SMK Ampang Pecah telah ditubuhkan pada 3 Januari 2001. Pada awalnya menumpang di SK Ampang Pecah selama enam bulan sebelum berpindah ke bangunan baru pada 6 Jun 2001. Sekolah mula beroperasi dengan bilangan pelajar seramai 168 orang dan 10 orang guru termasuk pentadbir sekolah serta seorang kerani yag mengurus hal ehwal pejabat. Terletak dalam lingkungan 4km dari pekan Kuala Kubu Bharu. Mempunyai bangunan sekolah yang indah dan kemudahan belajar yang lebih kondusif. Terdiri daripada empat blok utama yang bersambung antara satu dengan lain, membentuk segiempat bujur di kawasan tengahnya yang dinamakan Laman Ilmu sebagai tempat perhimpunan rasmi pada setiap minggu. Selain itu, bangunan khas yang berasingan dari blok utama termasuklah surau, kantin sekolah, bilik persalinan pelajar, blok ERT dan Kemahiran Hidup serta Pendidikan Moral. Selain daripada pendidikan kelas formal biasa, kelas pendiidkan khas juga dijalankan untuk mereka yang istimewa.Pada Januari 2002, Jabatan Pelajaran Pendidikan Selangor membenarkan Penubuhan kelas muzik perintis dalam daerah Hulu Selangor dan pada tahun 2004 Sekolah ini telah menghantar kumpulan pelajar pertama mengambil peperiksaan Teori ABRSM Gred 1 di Shah Alam. Pada tahun 2003, SMK Ampang Pecah telah menghasilkan keputusan sulung PMR bagi pelajar-pelajar perintis dengan peratus kelulusan 70.21%.

Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 26 Jun 2010 18:31 )  
You are here: Home Profil Sekolah Sejarah Sekolah