Portal Rasmi SMK Ampang Pecah

Kita Mampu untuk menjadi Brilliant Students!

E-mail Cetak PDF

Selasa, 20 Julai 2010 – Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) SMK Ampang Pecah sekali lagi menjemput pakar motivasi daripada luar dalam usaha untuk menggapai sasaran pelajar cemerlang PMR dan SPM yang telah ditetapkan.

Program motivasi yang dibahagi kepada dua sesi itu bermula pada pukul 8 hingga 10.30 pagi bagi calon PMR dan 11 hinga 1 tengahari bagi calon SPM. Pakar motivasi yang dijemput ialah Encik Ahmad Badrul Sani B Baharudin dari Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC).

Kredit gambar: http://speakout.fotopages.com/

“Targetlah ke bintang yang paling jauh kerana jika anda jatuh, anda akan jatuh di bulan,” ujarnya kepada para pelajar SPM. Beliau turut mengingatkan para pelajar di dalam dewan bahawa segala-galanya adalah tentang minda kita. Bagaimana kita perlu mengawal minda kita untuk mencapai target yang telah kita tetapkan.

Kesimpulannya, kita perlu bertindak pada masa sekarang dan segala kejayaan kita nanti semuanya ditentukan oleh minda kita sendiri.Janganlah kita bersikap malas sekarang kerana kesan kemalasan akan dibawa hingga ke usia tua.

 
You are here: Home