Portal Rasmi SMK Ampang Pecah

Selangkah Ke Hadapan

E-mail Cetak PDF

Jumaat, 16 Julai 2010 – Briged Bestari SEMEKAP mengorak satu langkah lagi ke hadapan dengan menghadiri Bengkel Laman Web pada 15 dan 16 Jun 2010 yang lalu. Tatkala semua rakan-rakan sekolah lain menghabiskan masa cuti dengan beristirehat dan berseronok seumpamanya, beberapa orang Briged Bestari SMK Ampang Pecah yang berdedikasi dan berkesempatan, menghadiri bengkel laman web bertempat di Makmal Komputer SEMEKAP. Tenaga pengajar dibawa khas dari SK Bukit Rawang Jaya iaitu En. Mahathir.

Objektif bengkel ini adalah untuk melahirkan Briged Bestari yang mampu untuk mengendalikan portal rasmi sekolah yang bertindak sebagai medium penyampaian maklumat kepada warga sekolah mengenai kejayaan dan info terkini pembestarian sekolah.

Pn. Saemah mengatakan yang walaupun sekolah sudah mempunyai laman blog sebagai medium penyampaian maklumat terkini, portal rasmi amat penting untuk menunjukkan bahawa SMK Ampang Pecah kini sudah bestari.

“Dengan mempelajari cara-cara mengendalikan Joomla dan sebagainya, saya kini mampu unutk mengendalikan portal rasmi sekolah,” jawab Tajul Ariffin Mauli Azam dari 5 Gemilang apabila ditanya tentang faedah menghadiri bengkel tersebut.

 
You are here: Home