Portal Rasmi SMK Ampang Pecah

Guru SEMEKAP dapat P.J.K

E-mail Cetak PDF

   Rabu, 21 April - Encik Mohd Azhar bin Abdullah telah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor pada 21.4.2010 sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke 64 yang telah disambut pada 12 Disember 2009.

Pingat ini dikurniakan baginda kepada Cikgu Mohd Azhar bin Abdullah kerana jasanya sebagai seorang ahli sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah berkhidmat dengan jujur dan ikhlas kepada masyarakat khususnya di Negeri Selangor.

Susulan daripada itu beliau turut telah dianugerahkan Meritorius Certificate (Sijil Kepujian) oleh Persatuan Bulan Merah Malaysia pada tanggal 8 Mei 2010 sempena Hari Palang Merah Sedunia.

Unit Laman Web SMK Ampang Pecah (Bestari) mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Azhar! (tumpang sekaki)

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 15 Julai 2010 09:06 )  
You are here: Home