Portal Rasmi SMK Ampang Pecah

Israk & Mikraj, Kisah Permulaan Solat 5 Waktu

E-mail Cetak PDF

 

Jumaat, 9 Julai 2010 – Saban Jumaat warga muslim SMK Ampang Pecah akan berkumpul bersama-sama di Dataran Ilmu untuk bacaan Yasin dan tazkirah pagi pada waktu pertama iatu waktu Kerohanian. Para pelajar moral pula akan mengikuti motivasi pagi di Dewan Perdana dan Dewan Sutera. 

Santapan Rohani minggu ini lebih mubarakah berikutan tarikh 27 Rejab akan tiba dalam masa 2 hari lagi. Usai bacaan Surah Yasin yang diketuai Ustaz Mohamad Hurairoh, majlis mempersilakan Ustaz Ashari Bin Shariff untuk memberi ceramah berkenaan perjalanan Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.

“Israk ialah perjalan Rasulullah S.A.W bersama Malaikat Jibril dari Mekah ke Madinah. Mikraj pula perjalanan baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha,” terang beliau semasa permulaan ceramah. Sepanjang perjalanan baginda ke Sidratul Muntaha berbagai peristiwa beserta pengajarannya dapat dilihat baginda, ulas beliau lagi.

Semoga perkongsian ilmu bersama Ustaz Ashari dpat dimanfaatkan bersama selain menyedarkan kita yang khilaf dan seringkali lalai ini tentang amanah dan tanggungjawab yang telah Allah s.w.t. berikan kepada kita, insya Allah.

 

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 15 Julai 2010 09:04 )  
You are here: Home