Portal Rasmi SMK Ampang Pecah

Lawatan Sambil Belajar ke Parlimen

E-mail Cetak PDF

   Selasa, 29 Jun 2010 - Panitia Sivik & Kewarganegaraan SMK Ampang Pecah meneruskan tradisi ‘belajar di persekitaran luar’ saban tahun dengan menganjurkan program lawatan sambil belajar ke Parlimen Malaysia 

khusus untuk pelajar TIngkatan 5. Lawatan tersebut disertai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dari kelas Cemerlang dan Gemilang serta 3 orang guru.

Pn. Fazuha Naili Bt Ab Rahman, guru Sivik 5 Gemilang mengatakan bahawa objektif utama lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang peranan dan fungsi Parlimen. Hal ini kerana pelajar-pelajar Tingkatan 5 diwajibkan mempelajari topik ini dalam mata pelajaran Sejarah.

Selain daripada melawat Parlimen Malaysia, rombongan lawatan sambil belajar ini turut ke Kilang Coklat Beryl’s di Seri Kembangan. Di kilang tersebut mereka diberi pendedahan tentang proses pembuatan coklat serta sejarah penghasilannya.

“Apabila mengikuti lawatan ini, saya rasa seronok dan bangga kerana  dapat merasai sendiri pengalaman berada di Parlimen Malaysia.” Nur Amylia Azreen Bt Md Jamil dari 5 Gemilang memberitahu unit laman web sekolah. “Sedikit,” katanya sambil tersenyum apabila ditanya adakah beliau berasa mahu menjadi salah seorang ahli Dewan Rakyat pada masa akan datang.

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 15 Julai 2010 09:05 )  
You are here: Home