Portal Rasmi SMK Ampang Pecah

Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kali Ke-11

E-mail Cetak PDF

Jumaat, 14 Januari 2011: Kejohanan Merentas Desa SMK Ampang Pecah Kali ke -11 telah disempurnakan dengan jayanya.

 

Rumah MEGA (Merah) telah muncul sebagai JOHAN keseluruhan pada kejohanan kali ini dengan menewaskan rumah-rumah lain. iaitu PIKO (kuning),

TERA (Hijau) dan GIGA (Biru). Tahniah kepada semua ahli  rumah sukan MEGA di atas kejayaan ini.

Pelajar-pelajar dan guru-guru telah bersedia sejak awal pagi lagi dengan mengagihkan nombor peserta dan memberi taklimat strategi pasukan serta membuat senaman regangan sebelum kejohanan bermula. 

Pada jam 9.00 pagi Kejohanan Merentas Desa SMK Ampang Pecah dimulakan dengan tiupan wisel oleh Pn.Hjh.Ros bt. Yusoff selaku pengetua sekolah. Kejohanan kali ini dibantu oleh polis trafik Cawangan Kuala Kubu Bharu bagi mengawal lalulintas terutama di jalan besar. 

Para pelajar dapat menamatkan larian dengan begitu bersemangat dalam cuaca yang redup dan nyaman. Syukur semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan kemalangan sehingga sesi penyampaian hadiah dijalankan. 

Semoga Kejohanan Merentas Desa Kali Ke -12 pada tahun 2012 akan lebih meriah dan berjaya. 

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 14 Januari 2011 15:26 )  
You are here: Home