Portal Rasmi SMK Ampang Pecah

Hari Ko-kurikulum Meletup!

E-mail Cetak PDF

Khamis, 14 Oktober 2010: Hari PenutupanKo-kurikulum yang sememangnya dinantikan semua warga SEMEKAP berjalan dengan jayanya.

 

 

Guru penolong kanan ko-kurikulum, Pn. Norlida Bt Rahmat telah bertungkus-lumus bersama En. Mat Rahim b. Yom dan barisan guru-guru untuk menjayakan hari ko-ku tersebut di samping mahu memberi pengalaman paling seronok buat pelajar-pelajar senior yang bakal meninggalkan sekolah tidak lama lagi.

Antara pertandingan yang dijalankan adalah pertandingan memasak kategori guru dan pelajar, pertandingan the tarik kategori guru dan pelajar dan pertandingan Explorace di Ampang. Aktiviti paintball dan flying fox  turut dijalankan dengan kerjasama daripada jurulatih-jurulatih Pusat Ko-kurikulum Negeri Selangor.

Secara keseluruhannya, Hari Ko-kurikulum SEMEKAP 2010 telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Pastinya variasi jenis memori telah berbekas di hati semua warga sekolah.

 

(unit laman web masih lagi high selepas pertama kali mencuba flying fox)

 

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 07 November 2010 12:01 )  
You are here: Home