Portal Rasmi SMK Ampang Pecah

Majlis Penutupan Bulan 3-Serangkai

E-mail Cetak PDF

Isnin, 21 September 2010: Bulan Karnival Pusat Sumber Sekolah, Bulan ICT dan Bulan Kemerdekaan ditutup dengan lancar dan berjaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan penutupan daripada puan pengetua, Pn. Hajah Ros Bt. Yusof. Seterusnya bagi tidak membuang masa, persembahan tarian tradisional 1 Malaysia dimulakan dan diikuti dengan tarian moden shuffle.

Aktiviti yang paling menarik perhatian ialah persembahan sketsa daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 1 yang mana sketsa bermula dengan tukang cerita, Nur Atiqah Bt Mat Samadi bercerita mengenai kawannya yang sudah menjadi YB. YB Nik Mohamed Zulhayiz masuk ke dalam cerita degan membonceng basikal yang dikayuh PAnya, Hafiz. YB Nik bersama PAnya yang setia mewara-warakan tentang kelebihan penggunaan ICT dan internet dalam dunia serba canggih dengan pendekatan yang bersahaja tetapi terus kepada poin utama.

Majlis seterusnya diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi semua pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan Ogos dan September. Tahniah buat pemenang! Bagi yang kurang bernasib baik, jangan bimbang kerana pertandingan akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan hadiah yang lebih lumayan.

 

Nota kaki: Berita ini akan dikemaskini dengan foto-foto daripada photographer Unit Laman Web.

 

(Unit Laman Web mengucapkan banyak bersabar kepada kelas 5 G kerana tidak memenangi Kelas Terbaik ICT walaupun mempunyai pameran ICT yang mantap)

 
You are here: Home